Perjalanan Hidup Kami...

Daisypath Anniversary tickers

Our 1st boy... Hadif

Lilypie Fourth Birthday tickers

Our 2nd boy... Uzair

Lilypie Third Birthday tickers

Monday, October 3, 2011

Result Telinga Hadif

Alhamdulillah, hari ni doktor ENT Hadif memberitahu keputusan telinga hadif sangat memuaskan. So, tak sia-sia la aku berulang-alik ke Hospital Ampang selama ni membawa anakku. Walaupun aku perlu ke sana lagi dalam tempoh 6 bulan akan datang, tapi aku akan perhatikan perkembangan anakku daripada segi percakapan dan pendengaran.. Harapan ku, semoga perkembangan anakku baik2 sahaja dan dia akan jadi sorang budak yang BIJAK dan CERDIK...

Wednesday, July 6, 2011

Hamil lagi..

Alhamdulillah, aku disahkan hamil lagi.. Walaupun usia hadif baru menginjak 10 bulan, tapi Allah telah mengurniakan kami sekeluarga rezeki yang tak ternilai harganya... Doakan kandunganku baik2 sahaja yer.. =)

Tuesday, May 10, 2011

Telatah bersahaja hadif...


Friday, May 6, 2011

Sekadar Luahan....

Pagi ni aku rasa stress sangat tetiba.. rasa cam malas nak hantar hadif pegi taska hari ni... hermmm... serba salah dibuatnye.... tak dapat aku bayangkan situasi hadif kat taska.... kalau nak ikut umur, budak sebaya hadif sekarang ni dah pandai merangkak dan duduk dah.. hadif??? masih lagi angkat punggung dia tinggi-tinggi... aku dibelenggu perasaan SANGAT SERBA-SALAH sekarang ni.. sehinggakan aku rasa cam nak berenti keje jaga anak je..
Nak tau tak, semalam waktu aku nak ambil hadif waktu petang, aku saje jenguk ke ruangan bayi.. tetiba, nampak sorang budak kena selubung ngan selimut tebal(narita baby).. bila tengok betul-betul, baru aku perasan budak yang kena selubung tue hadif.. aku ape lagi.. tanya ngan teacher dia nape wat hadif camtu... boleh teacher dia jawab "kak, kitorang bukan sengaja selubung hadif.. hadif tak boleh nak nampak orang.. dia mesti nangis..
APE PERASAAN KORANG SEBAGAI SEORANG IBU???? .......
Satu lagi yang aku selalu perasan taska ni wat kat hadif... bedung dia supaya dia tidur lama... dan paling aku takut... dia akan tiarapkan hadif sambil sumbat puting kosong...
KORANG boleh bayang tak ape akan jadi kalau tetiba hidung hadif tertutup ngan kain atau ape saje objek lain.... tapi dia tak boleh nak alihkan barang tue.... ARGHHHHHHHHHHHHHH......
YA ALLAH... tolonglah berikan kekuatan pada hambamu ini...