Perjalanan Hidup Kami...

Daisypath Anniversary tickers

Our 1st boy... Hadif

Lilypie Fourth Birthday tickers

Our 2nd boy... Uzair

Lilypie Third Birthday tickers

Thursday, November 10, 2011

Bakal bertukar ke tempat kerja baru....

Hermmm... nasib badan la.. ingat kan di tempat kerja sekarang ni aku akan bertahan lebih lama... nampaknya, hampa... orang lain kerja 8 tahun masih kat satu tempat.. yang aku ni, baru nak masuk 4 tahun keje, hampir nak 4 tempat keje aku berpindah.... xpe2, selagi leh kutip pengalaman yg berguna utk diri sendiri, akan aku aplikasikan sebaiknya...

Monday, October 3, 2011

Result Telinga Hadif

Alhamdulillah, hari ni doktor ENT Hadif memberitahu keputusan telinga hadif sangat memuaskan. So, tak sia-sia la aku berulang-alik ke Hospital Ampang selama ni membawa anakku. Walaupun aku perlu ke sana lagi dalam tempoh 6 bulan akan datang, tapi aku akan perhatikan perkembangan anakku daripada segi percakapan dan pendengaran.. Harapan ku, semoga perkembangan anakku baik2 sahaja dan dia akan jadi sorang budak yang BIJAK dan CERDIK...

Wednesday, July 6, 2011

Hamil lagi..

Alhamdulillah, aku disahkan hamil lagi.. Walaupun usia hadif baru menginjak 10 bulan, tapi Allah telah mengurniakan kami sekeluarga rezeki yang tak ternilai harganya... Doakan kandunganku baik2 sahaja yer.. =)

Tuesday, May 10, 2011

Telatah bersahaja hadif...


Friday, May 6, 2011

Sekadar Luahan....

Pagi ni aku rasa stress sangat tetiba.. rasa cam malas nak hantar hadif pegi taska hari ni... hermmm... serba salah dibuatnye.... tak dapat aku bayangkan situasi hadif kat taska.... kalau nak ikut umur, budak sebaya hadif sekarang ni dah pandai merangkak dan duduk dah.. hadif??? masih lagi angkat punggung dia tinggi-tinggi... aku dibelenggu perasaan SANGAT SERBA-SALAH sekarang ni.. sehinggakan aku rasa cam nak berenti keje jaga anak je..
Nak tau tak, semalam waktu aku nak ambil hadif waktu petang, aku saje jenguk ke ruangan bayi.. tetiba, nampak sorang budak kena selubung ngan selimut tebal(narita baby).. bila tengok betul-betul, baru aku perasan budak yang kena selubung tue hadif.. aku ape lagi.. tanya ngan teacher dia nape wat hadif camtu... boleh teacher dia jawab "kak, kitorang bukan sengaja selubung hadif.. hadif tak boleh nak nampak orang.. dia mesti nangis..
APE PERASAAN KORANG SEBAGAI SEORANG IBU???? .......
Satu lagi yang aku selalu perasan taska ni wat kat hadif... bedung dia supaya dia tidur lama... dan paling aku takut... dia akan tiarapkan hadif sambil sumbat puting kosong...
KORANG boleh bayang tak ape akan jadi kalau tetiba hidung hadif tertutup ngan kain atau ape saje objek lain.... tapi dia tak boleh nak alihkan barang tue.... ARGHHHHHHHHHHHHHH......
YA ALLAH... tolonglah berikan kekuatan pada hambamu ini...

Wednesday, May 4, 2011

Family Trip ke Pulau Langkawi


Hermmm.. tak puas rasanya bercuti... lebih-lebih lagi bersama kaum keluarga.. memang meriah habis la.. bila la dapat bercuti macam tue lagi ek??
Bila ingat balik, memang seronok la bercuti ke Langkawi kali ni.. Maklumalah, 1st time pegi, aku honeymoon ke sana bersama suamiku syg... mane la nak pegi ke tempat2 shopping yang berlambak kat sana tue.. haa.. kali ni pegi, amik ko... semua tempat shopping la pegi.. dari kedai minyak gamat, minyak seruntun, kain batik, coklat, pinggan mangkuk... lengkap la.. tapi yang kurang bestnya, anak ku si hadif tak baper sihat.. cian dia.. penat kot jalan jauh2 naik bas.. tapi yang bagusnya si hadif ni wlau demam tetap berikan senyuman manis pada semua orang.. hehe..

Thursday, April 28, 2011

Hari MITI Bersama Usahawan

Hari ni dan semalam.. Hari MITI Bersama Usahawan di ofis ku ini.. So, ramai la yang datang.. minta khidmat nasihat la.. dengar seminar dan yang penting.. jenjalan kat booth2 yang disediakan.. tadi, on da way aku nak ke taska hadif untuk susukan beliau, aku sempat la merewang-rewangkan mataku ini pada semua booth yang ada.. tetiba, ternampak plak satu booth yang jual kain labuh(ala-ala gadis sopan punyer kain gitu..)hehe.. belek punya belek, berkenan plak satu.. duit plak tak bawak.. so, dengan muka tak malunya, aku cakap kat kakak si penjual kain ni.. "akak, tolong simpankan kain ni untuk saya boleh? tengah hari ni saya datang bawak duit" kekeke.. selamba je.. nasib baik kakak tue sudi.. hehe.. alamak, kalau suamiku tau ni agak-agak dia marah tak ek?? hehe.. (jangan marah ye abang sayang...) muahhhhhhh... =)

Wednesday, April 27, 2011

Jalan-jalan beli barang


Cam biasa, aktiviti tetap selepas dapat gaji... beli pampers dan susu hadif..
dan cam biasa jugak kitorang beli-belah kat MANJAKU Bangi... hermm, nak kata ramai orang tadi, bleh tahan la.. maklum la, masing2 baru dapat gaji.. sekali beli amik ko.. 3 beg pampers... 3 tin susu besar.. gila kaya dorang ni.. huhu.. korang nak tau kenapa kitorang suka sangat beli belah pampers ngan susu hadif kat MANJAKU??? sebabnya harga sangat berpatutan.. sangat berbeza ok dengan tempat beli-belah yang lain...

Karenah si manja Hadif


Seronok melihat tumbesaran anakku di depan mata... ada sahaja keletah si hadif yang membuatku tak senang duduk... semoga anakku menjadi seorang anak yang soleh dan sentiasa membahagiakan mummy dan abi.. =)